Bagaimana Saya Boleh Menghubungkan Channel Telegram Saya?
Topik ini akan membimbing anda melalui proses langkah demi langkah untuk menghubungkan channel Telegram anda dengan PropMall bagi membolehkan penyiaran automatik listing yang diterbitkan di PropMall ke channel Telegram anda.
- Masukkan nama pengguna Channel Telegram anda menggunakan ciri Update PropMall Profile.
- Buka Channel Telegram anda melalui aplikasi Telegram pada telefon bimbit anda.
- Tambahkan LaskeaBot sebagai pelanggan (subscriber) kepada Channel Telegram anda.
- Gunakan arahan “link” dalam Channel Telegram anda untuk menghubungkannya dengan PropMall.
- Setelah proses penghubungan selesai, anda akan dapat menyiarkan maklumat listing yang diterbitkan di PropMall ke Channel Telegram anda.
Adakah ini membantu?
