Skip to content

Apakah Itu Co-Marketing?

Co-Marketing merupakan istilah yang dicipta oleh PropMall, yang merujuk kepada aktiviti Co-Marketing antara Ejen Listing (Listing Agent) dengan Ejen Hartanah lain dalam mempromosikan sesuatu Listing Hartanah (Property Listing).

Ia tidak merujuk atau mencerminkan aktiviti Ko-Agensi (Co-Agency) antara ejen atau agensi, memandangkan sifat Ko-Agensi berlaku semasa fasa jualan, manakala Co-Marketing pula berlaku sebelum itu, iaitu semasa fasa pemasaran.

Ejen Listing ialah Ejen Hartanah yang telah dilantik oleh pemilik hartanah untuk menjalankan urusan ke atas hartanah tersebut, seperti untuk jualan atau sewaan.

Dengan menggunakan PropMall, seorang Ejen Listing boleh memuat naik maklumat Listing mereka dengan mudah, dan ejen lain pula boleh melakukan Co-Marketing dengan hanya satu klik.

Listing Co-Marketing tersebut akan β€œdisalin” ke profil Ejen Co-Marketing di PropMall dan dipaparkan di laman web peribadi mereka. Listing ini pada laman web Ejen Co-Marketing akan dijenamakan dengan maklumat perhubungan Ejen Co-Marketing tersebut bagi mempromosikan lagi jualan secara Ko-Agensi.

Menerusi mekanisme Co-Marketing ini, PropMall bermatlamat untuk memupuk ekosistem pemasaran dan jualan yang lebih baik untuk semua Ejen Hartanah, seiring dengan objektif teras kami iaitu menjadikan jualan hartanah lebih pantas dan mudah.

Adakah ini membantu?